photo banner-598x80-001a_zps49a50159.gif

Tuesday, September 3, 2013

Mengekalkan sistem imun yang sihat


Mengekalkan sistem imun yang sihatMENDAPAT demam selesema lagi? Sentiasa berasa letih? Jawapannya mungkin bergantung pada tindakan merangsang sistem imun anda.

Sistem imun adalah organisasi kompleks yang menjadi kurang efisien apabila kita berumur. Ia merupakan mekanisme pertahanan yang berkuasa terhadap penyerang asing yang boleh menyebabkan jangkitan seperti virus, bakteria atau kulat. Penyerang ini mungkin juga sel tubuh anda sendiri, membesar secara tidak normal.
Sistem ini tidak rehat sepenuhnya. Ia berjaga 24 jam sehari dan selama bertahun-tahun, mula menjadi lemah kecuali ia dirangsang. Ia terdiri daripada berbilion- bilion sel darah putih (sel pertahanan tubuh) yang keluar masuk dari timus, nodus limfa, hati dan limpa. Sel-sel ini juga beredar dalam aliran darah dan saluran limfa ke mana-mana lokasi yang diperlukan untuk menentang penyerang asing.

Faktor-faktor yang melemahkan sistem imun termasuklah rehat yang tidak mencukupi, stres, kolesterol tinggi, logam berat (plumbum, raksa), gula-gula dan makanan ringan yang berlebihan, penyalahgunaan alkohol dan tembakau, bahan kimia persekitaran toksik (racun perosak, racun rumput rumpai),

Bagi mengekalkan sistem imun yang sihat, seseorang harus membetulkan kesemua faktor di atas. Selain itu, makan dengan diet sihat yang seimbang dengan banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan protein berkualiti tinggi adalah penting. Terdapat juga beberapa perangsang sistem imun tertentu yang terbukti berfaedah. Ini termasuklah antioksidan, protein lemak rendah, lesitin, bawang putih, ginkgo, echinacea (untuk diguna seperti yang diperlukan), zink, asid gamma linolenik, vitamin B dan magnesium.

Senaman juga melakukan keajaiban untuk merangsang sistem imun anda. Terdapat beberapa teori.

Pertama, aktiviti fizikal mungkin membantu dengan menyingkirkan bakteria daripada paru-paru (sekali gus mengurangkan peluang mendapat demam selesema, selesema, atau penyakit bawaan udara yang lain) dan boleh mengeluarkan karsinogen (sel yang menyebabkan kanser) dengan meningkatkan pengeluaran sisa, seperti air kencing dan peluh.

Apabila anda bersenam, antibodi dan sel darah putih dihantar melalui tubuh pada kadar yang lebih cepat. Oleh kerana antibodi atau sel-sel darah putih beredar lebih cepat, ia boleh mengesan penyakit lebih awal. Kadar peredaran darah yang meningkat juga mungkin merangsang pelepasan hormon yang ?memberi amaran? sel-sel imun tentang bakteria atau virus yang mengganggu.

Selanjutnya, peningkatan sementara suhu tubuh boleh mencegah pertumbuhan bakteria, membolehkan tubuh menentang jangkitan dengan lebih berkesan.

Bersenam juga memperlahankan pelepasan hormon yang berkait dengan stres. Stres meningkatkan peluang penyakit, jadi aktiviti fizikal boleh mengurangkan faktor ini.

Pakar gerontologi percaya bahawa kegagalan sistem imun akhirnya membawa kepada kematian awal. Oleh itu, mempunyai sistem imun yang berkuasa dan efisien boleh menjadi satu daripada perkara-perkara penting dalam menjalani penuaan dengan jayanya.

Disebabkan penyelidikan yang meluas dan berterusan, produk-produk baru akan dijual di pasaran. Produk-produk yang memasukkan ekstrak timus, teknologi sel batang dan teknologi nano di mana bom bijak akan disuntik ke dalam sistem kita untuk mengesan dan memusnahkan sel-sel kanser.

Walau bagaimanapun, masih tiada pengganti bagi gaya hidup sihat.

No comments:

Post a Comment