photo banner-598x80-001a_zps49a50159.gif

Sunday, February 17, 2013

Psoriasis Kulit merekah, bersisik

APABILA melihat orang yang mempunyai kulit bertompok merah, bersisik, kadangkala merekah dan berdarah, ramai cuba menjauhkan diri kerana bimbang dijangkiti, tanpa menyedari tindakan itu hanya membuatkan pesakit berasa lebih rendah diri.

Tanda disebut di atas adalah sebahagian daripada ciri penyakit kulit dipanggil psoriasis. Jika anda berselisih dengan orang yang ada ciri seperti ini, jangan takut kerana ia tidak berjangkit.

Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang dihidapi kira-kira dua hingga tiga peratus penduduk setiap negara di seluruh dunia. Penyakit ini ada dalam semua kelompok masyarakat tanpa mengenal umur, jantina dan keturunan.

Biasanya simptom psoriasis bermula ketika pesakit masih muda, tetapi kebanyakan pesakit mula mengalami masalah ini dalam lingkungan umur 20 hingga 30 tahun.

Bagaimana bentuk dan rupa psoriasis? Ketua Jabatan Dermatologi Universiti British Columbia merangkap Pengarah Perubatan Pusat Penjagaan Kulit, Hospital Besar Vancouver, Kanada, Profesor Harvey Lui, berkata psoriasis ada lima ciri utama iaitu tompokan kulit yang timbul, berwarna merah menyala dan bersisik perang berkilat.


Selain itu, serangan psoriasis biasanya bersifat simetri iaitu ada di sebelah kiri dan kanan anggota badan serta mempunyai garis luar yang ketara dan tempat permulaan serangan boleh dilihat dengan jelas.

Katanya, psoriasis adalah masalah penggantian kulit yang berlaku terlalu cepat, iaitu dalam masa tiga atau empat hari berbanding proses normal yang berlaku dalam tempoh sebulan.

Ini menyebabkan kulit matang dan mati dengan cepat. Akibatnya, sel-sel kulit akan berkumpul, bertimbun, keras, kering dan menggelupas, menyebabkan ia nampak seperti bersisik.

“Puncanya belum diketahui dengan tepat, tetapi dipercayai ia penyakit keturunan. Penyakit ini boleh dirangsang oleh pelbagai faktor antaranya jangkitan bakteria, trauma, tekanan psikologi, sesetengah jenis ubat, penyakit, alkohol dan pendedahan keterlaluan pada cahaya matahari.

“Psoriasis akan menyebabkan rasa sakit dan gatal. Malah, ia boleh berlaku di mana saja kulit badan, termasuk kulit kepala, dan dalam kes ini psoriasis nampak seperti kelemumur teruk,” katanya ketika forum kesihatan anjuran Leo Pharma Malaysia sempena pelancaran ubat sapu Daivobet baru-baru ini.

Ia juga boleh berlaku pada kuku, tapak kaki dan tangan mahupun kemaluan. Serangannya juga berbeza antara individu; ada berbentuk setompok kecil saja, tetapi ramai juga diserang seluruh badan.

Psoriasis ada beberapa jenis, iaitu:

- Plak — Jenis paling lazim, biasanya menyerang lutut dan kulit kepala; berwarna merah menyala dan diliputi sisik putih keperangan; gatal dan berdarah jika digaru.

- Scalp — Khusus pada kulit kepala, menyebabkan masalah kelemumur teruk.

- Guttate — Jenis ini biasanya timbul selepas serangan bakteria pada kanak-kanak atau remaja. Dalam kebanyakan kes ia biasanya menyerang kulit perut, kaki dan lengan. Boleh hilang dengan sendiri dalam beberapa minggu atau bulan.

- Pustular — Jenis yang lebih serius sehingga kadangkala boleh menyebabkan luka, tetapi jarang berlaku.

- Flexural — Biasanya berlaku di tempat berkulit lembut di kalangan orang tua seperti ketiak, di bawah payu dara, perut, kemaluan atau punggung.

- Kuku — Hampir 50 peratus pesakit mengalami masalah ini atau gabungan dengan jenis lain. Kuku akan hilang warna, berkedut dan boleh tanggal.

- Facial — Serangan (tompok merah) khusus pada muka, tetapi jarang berlaku.

- Artritis — Hampir enam peratus pesakit turut mengalami artritis pada sendi, terutama sendi tangan, kaki dan tulang belakang.

Walaupun penyakit ini tidak boleh diubati, tetapi serangannya boleh dikawal. Kebanyakan pesakit perlu menggunakan beberapa kaedah untuk mengatasi masalah kulit yang kronik ini.

Serangan psoriasis menyebabkan semua pesakitnya menghadapi masalah sosial dan psikologi. Pesakit berasa malu dan rendah diri untuk berdepan masyarakat. Malah, ramai menyembunyikan masalah mereka dan menghadapi tekanan emosi bersendirian menyebabkan penyakit bertambah teruk.

Profesor Lui berkata, psoriasis adalah cabaran sepanjang hayat dan ia perlu dirawat bagi mengembalikan keyakinan pesakit serta meningkatkan kualiti hidup mereka.

Beberapa kaedah rawatan boleh digunakan, iaitu terapi cahaya (menggunakan cahaya ultra lembayung dan mengambil masa tiga hingga empat bulan untuk menghilangkan tanda psoriasis), ubat sistemik (pil atau suntikan tetapi masalahnya seluruh sistem badan akan menerima kesan ubat) dan krim sapu.

Antara krim sapu terbaru adalah gabungan calcipotriol dan betamethasone dipropionate, yang perlu disapu sekali sehari dan dikatakan mampu menunjukkan kesan positif lebih cepat.

Berdasarkan laporan yang disiarkan dalam British Journal Dermatology pada 2002, gabungan dua bahan ini memberikan kesan 70 peratus jika disapu sekali sehari berbanding 75 peratus jika disapu dua kali sehari.

Ini bermakna ubat terbaru di pasaran ini akan menyenangkan pesakit dan membolehkan mereka meneruskan aktiviti harian tanpa perlu terlalu memikirkan penyakit mereka.

“Sebenarnya sebarang jenis ubat boleh digunakan untuk mengatasi masalah psoriasis, termasuk losyen pelembap, tetapi sebaiknya carilah ubat yang menyenangkan dan memberi kesan berpanjangan.

“Pengambilan ubat boleh dihentikan sebaik simptom psoriasis (kulit tebal dan bersisik) hilang kerana tompok merah akan pudar secara beransur-ansur. Ini menandakan kulit anda dalam proses pemulihan,” katanya.

Minyak Kelapa Dara membantu masalah Psoriasis

Psoriasis adalah penyakit kulit yang kronik yang disebabkan oleh pertumbuhan kulit yang abnormal. Lazimnya kulit mengambil masa lebih kurang 3-4 minggu untuk tumbuh dan mengalami pengelupasan. Tetapi bagi pengidap psoriasis pertumbuhan kulit mereka adalah lebih cepat iaitu dalam masa 3-4 hari sahaja, menyebabkan kulit yang lama tidak sempat mengalami pengelupasan lalu menyebabkan penimbunan keratin pada kulit menjadikannya bersisik. Keadaan ini akan lebih teruk semasa cuaca panas.

Minyak kelapa dara boleh disapukan pada kulit yang mengidap psoriasis untuk mengekalkan kelembapan kulit dan membantu merawat penyakit tersebut. Sifat antibakterianya juga dapat membantu mengurangkan kesan gatal pada kulit. Keadaan keratin kulit yang berlapis akan menyebabkan jangkitan bakteria. Minyak kelapa dara mampu membunuh bakteria tersebut yang terdapat pada kulit.

Testimoni minyak kelapa dara satu

No comments:

Post a Comment