photo banner-598x80-001a_zps49a50159.gif

Sunday, June 16, 2013

Radang tonsil perlu dibuang


Radang tonsil perlu dibuang SAMA ada sedar atau tidak, setiap manusia mempunyai dua kelenjar dinamakan tonsil yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut (orofarinks) atau bahasa mudahnya pangkal lidah. Ia berfungsi menapis virus dan bakteria daripada memasuki saluran pernafasan, sekali gus menjadikannya satu daripada sistem pertahanan badan.

Namun, tonsil kadangkala gagal melaksanakan fungsinya apabila tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria. Akibatnya, tonsil mengalami radang atau inflamasi, membengkak dan boleh mencapai saiz besar sehingga boleh menyempitkan laluan makanan, malah mengganggu pernafasan.

Sakit kepala dan migrain


Sakit kepala dan migrain Sebanyak 60 peratus daripada pesakit yang menghidapi sakit kepala mengalami sama ada migrain atau tension headache. Migrain yang biasa ditemui adalah migrain tanpa aura tetapi terdapat juga migrain klasik bersama aura serta bentuk-bentuk migrain yang lain.

Selain dari menyebabkan kepala berdenyut- denyut, sakit kepala jenis migrain ini (migrain tanpa aura) mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1. Sakit kepala yang berlarutan dari empat ke 72 jam

2. Ia mempunyai dua daripada ciri-ciri di bawah iaitu:

- Melibatkan sebelah kepala

Saturday, June 15, 2013

Mengekalkan sistem imun yang sihat


Mengekalkan sistem imun yang sihat MENDAPAT demam selesema lagi? Sentiasa berasa letih? Jawapannya mungkin bergantung pada tindakan merangsang sistem imun anda.

Sistem imun adalah organisasi kompleks yang menjadi kurang efisien apabila kita berumur. Ia merupakan mekanisme pertahanan yang berkuasa terhadap penyerang asing yang boleh menyebabkan jangkitan seperti virus, bakteria atau kulat. Penyerang ini mungkin juga sel tubuh anda sendiri, membesar secara tidak normal.

Sistem ini tidak rehat sepenuhnya. Ia berjaga 24 jam sehari dan selama bertahun-tahun, mula menjadi lemah kecuali ia dirangsang. Ia terdiri daripada berbilion- bilion sel darah putih (sel pertahanan tubuh) yang keluar masuk dari timus, nodus limfa, hati dan limpa. Sel-sel ini juga beredar dalam aliran darah dan saluran limfa ke mana-mana lokasi yang diperlukan untuk menentang penyerang asing.

Sembelit


masalah sembelit Sembelit berlaku apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit. Setiap orang pernah mengalami sembelit dalam kehidupan mereka dan selalunya ia disebabkan oleh amalan pemakanan yang tidak baik.

Tanda dan Gejala

Biasanya gejala-gejala sembelit adalah seperti berikut. Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin akan mengalami gelaja-gejala yang berlainan. Gejala-gejala tersebut:

* Tidak membuang air besar beberapa hari, atau membuang najis yang keras dan kering.
* Perut kembung, kejang atau sakit.
* Kurang selera makan.
* Gigi mengetap, kaki tersilang, punggung dikepit bersama, muka menjadi kemerahan apabila kanak-kanak cuba untuk menahan pembuangan najis untuk elakkan ketidakselesaan.
* Sedikit cecair atau calitan najis lembut pada seluar dalam kanak-kanak.

Sebab-Sebab

Ketika makanan bergerak menerusi kolon, kolon akan menyerap air daripada makanan semasa ia membentuk bahan buangan atau najis. Pengecutan otot pada kolon kemudiannya akan menolak najis ke rektum (bahagian akhir pada usus besar). Setelah najis sampai ke rektum, ia telah menjadi keras kerana kebanyakan air telah diserap.

Sembelit berlaku apabila kolon menyerap telalu banyak air atau jika otot kolon mengecut secara perlahan atau lembab menyebabkan najis bergerak ke arah kolon secara terlalu perlahan. Akibatnya, najis akan menjadi keras dan kering. Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:

# Kurang serat dalam diet.
# Kurang aktiviti fizikal terutamanya di kalangan warga tua.
# Pengubatan.
# Susu.
# Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar atau Irritable bowel syndrome.
# Perubahan dalam kehidupan yang rutin seperti mengandung, penuaan dan pengembaraan.
# Penyalahgunaan julap.
# Menahan untuk membuang air besar.
# Kekurangan air.
# Penyakit atau keadaan tertentu seperti strok.
# Masalah dengan kolon dan rektum.
# Masalah dengan fungsi usus. sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.

Komplikasi

Sembelit yang berpanjangan dan serius mungkin boleh menyebabkan buasir yang disebabkan oleh menahan untuk membuang air besar atau Anal Fissures (koyakan pada kulit di sekeliling anus). Ia berlaku disebabkan oleh najis yang keras meregangkan otot Sphincter. Kesannya, pendarahan rektum mungkin berlaku, di mana darah kelihatan di permukaan najis.

Kadang kala, regangan menyebabkan rektum terkeluar (terjatuh) dan ini boleh menjurus kepada pengeluaran mukus dari dubur. Rektum yang terkeluar dengan teruk dan kronik memerlukan pembedahan untuk menguatkan dan mengetatkan otot spinchcter dubur atau untuk membaiki lapisan yang terkeluar.

Sembelit juga boleh disebabkan oleh najis yang keras memenuhi ruang usus dan rektum secara amat ketat yang mana penolakan najis keluar secara normal tidak mampu membawa najis keluar. Ini merupakan Fecal Impaction yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak dan orang dewasa. Impak ini boleh dilembutkan dengan penggunaan minyak mineral yang diminum atau disuntik menerusi dubur. Selepas melembutkan impaksi, doktor mungkin akan memecahkan dan membuang bahagian najis yang keras dengan memasukkan jari.

Rawatan

Perkara utama dalam merawat sembelit ialah untuk memastikan kita memakan serat dan meminum air dengan cukup. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis dan menjadikannya lebih lembut.

Berbincang dengan doktor keluarga anda sekiranya:

# Sembelit masih baru dan jarang berlaku kepada anda.
# Anda mengalami sembelit selama 3 minggu atau lebih.
# Anda dalam kesakitan.
# Anda mendapati najis anda berdarah.

Pencegahan

Dalam banyak kes, tips mudah berikut akan membantu:

# Makan pelbagai jenis makanan. Makan banyak kekacang, bijirin penuh, buahan segar dan sayuran.
# Minum banyak air.
# Lakukan senaman secara berkala.
# Jangan menahan untuk membuang air besar.
# Ketahuilah yang tabiat membuang air besar yang normal adalah berbeza mengikut individu.
# Sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah, dapatkan pemeriksaan doktor anda.


Bagaimana Minyak Kelapa dara Membantu masalah Sembelit

sembelit, buasir, minyak kelapa dara Sembelit adalah keadaan biasa yang sering dialami oleh mereka yang semakin berusia. Banyak sebab mengapa berlakunya sembelit, salah satu ialah kerana diet yang tidak seimbang. Pengambilan makanan yang kurang kandungan fiber, makanan siap diroses, daging, kurang memakan buah-buahan, sayuran dan air.

Perubahan gaya hidup, penuaan, ketidakseimbangan hormon semasa kehamilan, penyalahgunaan ubat dan sindrom kerengsaan usus besar juga dianggap penyebab sembelit. Kerana rawatan sembelit yang berbagai, ramai yang merasa keliru apakah ubat yang sesuai bagi mereka.

Bagaimana dara minyak kelapa dara dapat membantu masalah sembelit? Minyak kelapa dara mampu membantu masalah sembelit adalah kerana ia berserat dan dapat membersihkan usus besar dengan berkesan. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisma dimana ia membantu sistem pencernaan memproses makanan lebih cekap dan berkesan yang boleh menyebabkan gerakan usus dan penurunan berat badan.

Minyak kelapa dara juga merupakan, anti-bakteria anti-kulat, dan agen anti-virus. Asid lemak yang ditemui dalam minyak kelapa dara mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan membantu sistem imun tubuh untuk melawan berbagai bakteria, penyakit dan jangkitan lain.

Apa yang menentukan minyak kelapa dara berbeza dari minyak jenis lain ialah kerana ia tidak berubah menjadi lemak didalam tubuh. Ia selamat dan dapat menurunkan tahap kolesterol.


testimoni sembelit minyak kelapa dara - BioVCO

testimoni sembelit minyak kelapa dara - BioVCO

Fibroid buncit dan mandul

Fibroid buncit dan mandul FIBROID merupakan antara tumor atau ketumbuhan tidak berkanser di dalam rahim, yang paling biasa terjadi di kalangan wanita. Boleh dikatakan tiga daripada empat wanita ‘mengusung’ fibroid ke sana ke mari tanpa disedari.

Mungkin kerana saiznya yang terlalu kecil serta bilangannya yang tidak begitu banyak ketika itu, lalu kewujudannya tidak memberikan apa-apa petunjuk. Gejala turut bergantung kepada kedudukan fibroid di dalam rahim.

Fibroid lazimnya dijumpai secara tidak sengaja semasa doktor melakukan pemeriksaan sakit puan mahupun perbidanan.

Kerana itulah, wanita harus berjumpa dengan doktor secara berkala untuk pemeriksaan kesihatan terutamanya apabila umur menjangkau 35 tahun.

Thursday, June 13, 2013

The Top 10 Celebrities Who Use Virgin Coconut Oil



kencing manis diabetes minyak kelapa dara - BioVCO

Pemakanan dan Kesihatan Kawal darah tinggi

Pemakanan dan Kesihatan Kawal darah tinggiJangan berhenti ambil ubat

MUDAH disebut dan kerap kali diingatkan, tetapi masih ramai yang bersikap tidak kisah. Realitinya, itulah sikap masyarakat terhadap penyakit darah tinggi atau hipertensi.

Sedar atau tidak, hipertensi menjadi antara penyakit paling umum dihidapi ramai, khususnya bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar.

Keadaan itu tidak boleh dibiarkan berterusan kerana hipertensi menjadi antara faktor penyebab strok, serangan jantung dan kegagalan buah pinggang berfungsi. Akibat terburuk daripada penyakit itu adalah kematian. Justeru, penyakit yang membawa punca kesengsaraan hidup dan meragut nyawa itu harus dicegah.

Awasi kolestrol dalam darah

Awasi kolesterol dalam darah
Awasi kolesterol Apakah itu kolesterol? Adakah ianya bahaya? Bilakah ianya akan mendatangkan risiko tinggi kepada manusia? Apakah komplikasi-komplikasi yang terhasil daripada hiperkolesterolemia? Bagaimana pula langkah pencegahan atau rawatannya?

Jika anda seorang yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi dalam darah, dihujani persoalan dan permasalahan yang banyak boleh mempercepatkan kehadiran satu lagi penyakit iaitu tekanan darah tinggi.

Wednesday, June 12, 2013

Mengenali penyakit resdung atau sinusis

resdung dan minyak kelapa daraAPAKAH resdung?

Anda selalu mengalami bersin, batuk, dan menyebabkan hidung menjadi merah. Anda mengalami masalah ini semasa cuaca sejuk atau pada sebelah pagi. Jika ini yang berlaku, anda mungkin sedang menghadapi masalah resdung.

Resdung berlaku apabila bahagian sinus anda dijangkiti atau mengalami keradangan. Sebahagian besar doktor pakar membahagikan resdung kepada tiga jenis:

1. Resdung Akut, yang dialami selama 3 minggu atau kurang

2. Resdung Kronik, yang biasanya berlaku selama 3 hingga 8 minggu tetapi berterusan selama berbulan-bulan atau malah bertahun-tahun

3. Resdung Berulang, yang terdiri daripada beberapa serangan akut dalam jangka masa satu tahun

Cara Kawal Sakit Gout


cara kawal sakit gout BIASANYA apabila menghidap satu-satu penyakit, antara nasihat ‘wajib’ yang diberi doktor ialah jaga makan dan mula bersenam. Namun ramai menganggap nasihat untuk ‘jaga makan’ itu sebagai berpantang, membuatkan sesetengah pesakit menjauhi terus kumpulan makanan yang dirasakan boleh merangsang penyakit mereka.

Memang diakui berpantang itu susah dan hanya orang yang benar-benar teguh semangat mampu melakukannya, apatah lagi untuk jangka masa panjang.

Ini sebabnya pakar perubatan menyarankan kita ‘jaga makan’ dengan mengamalkan pemakanan secara bersederhana, melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta minum banyak air kosong.

Monday, June 10, 2013

Kenali masalah kulit bayi anda


ruam lampin kulit bayi kelapa dara Geram sungguh melihat kulit bayi yang sungguh lembut dan mulus. Bagaimanapun, kulit bayi yang halus dan lembut ini mudah sensitif dan sentiasa terdedah kepada pelbagai penyakit. Ikuti beberapa masalah kulit yang dihadapi oleh bayi.

RUAM

Ruam merupakan masalah utama yang dihadapi oleh ibu-ibu yang memiliki anak kecil. Kulit mereka yang sensitif cepat bertindak balas dengan kerengsaan yang berlaku. Terdapat dua jenis ruam iaitu ruam panas, ruam lampin dan ruam susu.

1.Ruam panas

Dalam cuaca panas, pori-pori kulit bayi boleh tertutup. Jika kulit bayi dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya ia menimbulkan bintik merah seakan-akan jerawat. Kepanasan yang terlampau akan membuatkan bayi rimas dan kulit mereka mulai terjejas.

Kehilangan Rambut atau Ketipisan Rambut?


Kehilangan Rambut atau Ketipisan Rambut? Lebih separuh daripada mereka yang menyertai tinjauan kaji selidik pernah mendengar tentang kehilangan rambut, tetapi mereka tidak pasti sama ada terdapat perbezaan antara kehilangan rambut dan ketipisan rambut.

Istilah umum `kehilangan rambut' boleh merujuk kepada banyak masalah yang berlainan, daripada sedikit ketipisan hingga kebotakan penuh, dan keadaan ini boleh berlaku kerana banyak sebab yang berlainan.

Dr. Ting menjelaskan bahawa kehilangan rambut boleh berlaku secara beransur-ansur menyebabkan rambut menjadi semakin nipis.

Adakah Kerana Gen?

Sebanyak 21 peratus daripada responden percaya bahawa kehilangan rambut adalah berpunca daripada kombinasi faktor keturunan, hormon dan usia.

Awasi masalah penghadaman

Awasi masalah penghadaman
SAKIT perut dan rasa pedih ulu hati akibat masalah penghadaman adalah perkara biasa dialami semua orang, terutama apabila makan tergesa-gesa atau dalam keadaan tertekan. Masalah penghadaman lebih kerap berlaku pada individu yang sibuk bekerja dan kerap menunda waktu makan serta sangat jarang bersenam.

Selain perut rasa tidak selesa, sakit perut dan kembung, masalah pencernaan juga boleh menyebabkan sembelit. Walaupun bukan penyakit tetapi ia boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang dan mengganggu prestasi di tempat kerja. Masalah ini boleh diatasi dengan melakukan sedikit perubahan pada gaya hidup kita.

Barah kelenjar air liur

Barah kelenjar air liur Muka membesar, rasa sakit, saraf muka lumpuh antara masalah dihadapi penghidap yang majoriti wanita.

BARAH kelenjar air liur mungkin penyakit yang jarang anda dengar. Di Malaysia berdasarkan laporan Daftar Barah Kebangsaan 2003, daripada 21,464 kes yang direkodkan di Semenanjung, kira-kira satu peratus membabitkan barah kelenjar air liur dengan 0.6 peratus kes adalah pesakit lelaki.

Daripada jumlah itu, 50 peratus membabitkan lelaki Cina dan 46.6 peratus membabitkan lelaki Melayu. Di kalangan pesakit wanita, 49 peratus adalah wanita Melayu manakala 34.7 adalah wanita Cina.