photo banner-598x80-001a_zps49a50159.gif

Wednesday, October 20, 2010

Masalah Sembelit


Masalah Sembelit

Sembelit berlaku bila :
* anda susah membuang air besar, kerana sebab sebab tertentu seperti najis terlalu keras
* anda jarang membuang air besar

Ramai orang keliru bila dikatakan jarang membuang air besar. Ini kerana setiap individu adalah berlainan. Ada orang yang membuang air besar sekali sehari, ada yang beberapa kali sahaja seminggu. Ramai yang beranggapan mereka mengalami sembelit, tetapi sebenarnya mereka tidak sembelit. Bagaimanapun, sembelit bolehlah dikatakan terjadi sekiranya anda pergi ke tandas kurang daripada tiga kali seminggu.

Rambut Gugur??



KEGUGURAN RAMBUT

Puncanya terlalu banyak, dan ianya harus ditangani dengan rawatan yang sempurna. Rambut gugur atau rambut yang semakin nipis merupakan masalah utama bagi lelaki mahupun perempuan. Rambut gugur bergantung pada pelbagai faktor seperti keturunan, pengambilan diet dan gizi yang tidak seimbang, penyakit seperti tekanan darah, diabetes, penyakit jantung dan masalah hormon. Keguguran rambut juga boleh berlaku akibat dari jangkitan rambut seperti kelimumur atau serangan kutu.

Tuesday, October 19, 2010

Migrain



Migrain ialah satu keadaan di mana sakit kepala terjadi disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia diotak. Perubahan ini akan menyebabkan arteri yang membekalkan darah ke otak tersekat dan menimbulkan sakit kepala diikuti oleh rasa tidak selesa pada perut, loya dan pening.Ia juga kadangkala menimbulkan kesan pada pandangan dan menimbulkan satu fenomena pada pemandangan yang dipanggil aura.Ia adalah satu keadaan neurologikal yang biasa dialami oleh penduduk negara maju dan membangun. Ia biasa menyerang pada peringkat usia selepas baligh.Migrain ialah sejenis penyakit keturunan dan mempunyai kecenderungan untuk berulang. Wanita mempunyai kecenderungan mengidap migrain yang lebih tinggi berbanding lelaki (75%), kebiasaan sebelum haid dan selepas menopaus.

Adakah anda pengidap migrain? Jika anda mempunyai dua dari simptom-simptom dibawah , bermakna anda juga tergolong dalam golongan domina yang mengidap migrain.Biasakah anda mengalami gejala gangguan saraf seperti gangguan pada pandangan seperti titik buta dan melihat motif seperti zig zag sebelum mengalami sakit kepala?Atau anda seperti melihat sinar cahaya yang amat terang hingga terasa seperti hampir buta dan sesekali melihat objek di hadapan anda mempunyai aura disekelingnya? selalunya gejala ini akan berlaku selama 15 hingga 20 minit dan diikuti oleh sakit kepala yang teruk. Adakah anda biasa mengalami sakit kepala yang teruk dan berdenyut-denyut disebelah atau satu bahagian kepala sahaja? Atau anda biasa mengalami diikuti oleh muntah atau cirit-birit? Biasakah anda merasa amat sensitif dan takut pada cahaya yang terang(fotofobia), merasa amat sensitif pada bunyi(fonofobia) dan merasa amat sensitif pada bau (osmofobia)? Jika anda memang mengalami dua dari gejala diatas bermakna anda berkemungkinan mengalami migrain. Walaubagaimanapun anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan atau kesimpulan.

Walaupun begitu sukar untuk menemui penawar yang benar-benar boleh mengubati migrain , keadaan masih boleh dikawal. ubat-ubat dan penawar migrain selalunya membantu pesakit untuk mengurangkan kesakitan dan gejala yang dialami ketika diserang migrain.


RAWATAN DAN SIHAT TANPA UBAT?
Minyak Kelapa Dara - BIOVCO


Sunday, October 17, 2010

Resdung - Lebih berat dari masalah negara?


Waktu tidur yang cukup menjanjikan badan yang segar keesokan harinya, namun ini sedikit pun tidak bermakna bagi penghidap-penghidap resdung sedunia sekiranya bangun pagi dalam keadaan hidung tersumbat & ketat, bersin sehingga 7-8 kali, pedih anak tekak dll. Kadang-kala terfikir untuk mengambil Cuti Sakit atau Cuti Kecemasan, tetapi terpaksa diketepikan demi memikirkan tugasan di pejabat yang perlu diselesaikan. Hal ini amat membebankan para penghidapnya dan dianggap lebih berat daripada masalah negara. Ahli-ahli Yang Berhormat pasti tidak dapat menjalankan tugas harian mereka terhadap rakyat, Para Hakim pula tidak dapat menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap pesalah jika hidungnya sentiasa meleleh dengan mukus sambil bersin tanpa henti. Lebih parah lagi jika Abang Polis tersasar tembakan terhadap penjenayah kerana hidungnya gatal digigit 'hama' ketika melepaskan tembakan. Tidakkah ini menyebabkan kita menjadi kurang produktif menjalankan rutin harian?

Sebagai seorang penghidap resdung profesional, penulis telah melalui zaman ini lebih dari 14 tahun. Berbagai -  bagai kaedah rawatan yg telah digunakan, antaranya:

1) Pengambilan Ubat - seperti yg disarankan oleh doktor
2) Rawatan tradisional - menggunakan asap, lipas tanah, lintah dsb.
3) Pengambilan 'Makanan Tambahan' (Supplement food)  - vitamin, spirulina, herba etc.

Namun, kaedah-kaedah ini masih tidak mampu untuk merawat penyakit ini sepenuhnya. Pengawalan permakanan seperti mengelakkan pengambilan makanan laut terutamanya udang amatlah penting. Pil Claritin perlu dibawa ke mana-mana untuk kelegaan sementara sekiranya diserang resdung.

Sedikit informasi tentang Radang Sinus

Resdung sering dikaitkan dengan jangkitan Sinus, iaitu radang pada sinus dan saluran hidung. Jangkitan sinus boleh menyebabkan sakit kepala atau tekanan di hidung mata, bahagian pipi, atau di sisi kepala.Seseorang dengan jangkitan sinus mungkin juga mempunyai batuk, demam, nafas berbau, dan hidung tersumbat dengan lendir hidung tebal. Radang sinus dikategorikan sebagai akut (mendadak) atau kronik (jangka panjang).


Photobucket

Photobucket

Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga udara yang berada di dalam tulang muka, sekeliling hidung dan bahagian-bagaian badan yang lain. Rongga-rongga pada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga pada bahagian hidung setiap masa dan akan disalirkan ke dalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnya kuman bakteria akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung. Pembengkakan dan radang pada lapisan membrane rongga sinus boleh menyebabkan ketidakselesaan pada penghidap.

Tips merawat radang sinus

1. Tidur malam yang cukup
2. Bernafas dalam wap air panas, boleh ditambahkan sedikit dengan minyak angin.
3. Pengambilan ubat-ubatan seperti Claritin, Aspirin, ubat selsema dan sebagainya.
4. Bagi penghidap kronik, anda boleh mencuba Steroid Nasal Spray, bagi mengurangkan bengkak dan radang.
5. Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.



Pencegahan radang sinus.

"Mencegah lebih baik dari mengubati" - Itulah hadith Rasulullah S.A.W yang kita sering dengar, selalu dikaitkan dengan tujuan perubatan. Pepatah Melayu juga turut berbunyi: "Bila dah terhantuk, baru nak tergadah". Pepatah ini boleh ditafsirkan sebagai "Bila dah sakit, baru nak cari ubat". Radang Sinus tidak juga dikecualikan dalam hal ini. Ia masih boleh dicegah:

1) Kurangan makanan laut seperti udang, sotong, ketam dll terutamanya bagi mereka yang mempunyai alahan
2) Hidari haiwan perliharaan seperti kucing dan anjing.
3) Guna topeng mulut dan hidung ketika mengemas rumah. Ini dapat mengelakkan habuk-habuk berterbangan     
    memasuki rongga mulut dan hidung.
4) Berhenti merokok
5) Jauhi alkohol
6) Rehat yang cukup.


Alhamdulillah, setelah sekian lama mencari-cari, akhirnya saya terjumpa dengan poduct BIOVCO, minyak kelapa dara yang begitu banyak khasiatnya. Tiada lagi hidung ketat bila bangun dari tidur, tiada lagi bersin bila menjawab panggilan telefon dan tiada lagi 'ulat resdung' di dalam hidung.

Selamat mencuba, ada pasti berpuas hati.




Saturday, October 16, 2010

Khasiat Minyak Kelapa Dara





MINYAK KELAPA DARA
Seribu guna menyimpan seribu rahsia
Dipetik dari : majalah Mingguan Wanita.


Pohon kelapa telah dijadikan tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.
Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah olah dipinggirkan keranadikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyaknya dikatakan membawa kepada kemudaratan.
Sebenarnya minyak kelapa yang dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa menggunakan haba atau kimia, menyimpan pelbagai khasiat yang tidak diketahui umum. Kajian keatas minyak kelapa dara telah dilakukan oleh pakar-pakar Negara Barat sejak awal tahun 1930an lagi. Kebanyakan kajian dilakukan ke atas penduduk di Kepulauan Pasifik di mana kelapa menjadi sebahagian besar pemakanan harian. Pakar pakar tersebut merumuskan bahawa suatu kandungan yang terdapat dalam kelapa yang dipanggil lemak tepu dapat memberi pelbagai kesan positif keatas kesihatan manusia. Sebab itulah penduduk Kepulauan Pasifik begitu sihat dan mempunyai kadar berat badan dan ketinggian yang begitu baik. Mereka juga didapati tidak mengalami penyakit kronik seperti jantung atau kanser.
Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan
apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara
komersil dan besar besaran.
Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.
Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar pakar barat terus mencari kesan kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat. Kajian kajian dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi
pelbagai kesan positf seperti berikut:

meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
meningkat kadar metabolisma badan
anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
anti oxida semulajadi
meningkat fungsi kelenjar tairoid
melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
berupaya menurunkan berat badan
meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
membekal sumber tenaga dengan cepat
melembab dan melembutkan kulit
mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
mengurangkan kesan keracunan makanan
membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
mengurangkan risiko dan kesan demam
mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air
mengurangkan risiko dan kesan lelah
mengurangkan risiko dan kesan buasir
mengurangkan risiko dan kesan sembelit
mengurangkan risiko dan kesan hepatitis A, B, C
mengurangkan risiko dan kesan ulser perut dan mulut
mengurangkan risiko dan kesan sakit gigi dan gusi
mengurangkan risiko dan kesan kanser
mengurangkan risiko dan kesan leukemia
mengurangkan risiko dan kesan psoriasis dan sebarang penyakit kulit
mengurangkan risiko dan kesan kelemumur rambut
mengurangkan risiko dan kesan denggi dan malaria
mengurangkan risiko dan kesan stroke atau angin ahmar
mengurangkan risiko dan kesan herpes, syphilis, gonorrhea
mengurangkan risiko dan kesan penyakit Crohn
mengurangkan risiko dan kesan chronic fatigue syndrome
mengurangkan risiko dan kesan osteoporosis
mengurangkan risiko dan kesan penyakit hempedu
mengurangkan risiko dan kesan penyakit hati
mengurangkan risiko dan kesan pembesaran prostate
mengurangkan risiko dan kesan pneumonia atau radang paru paru
mengurangkan risiko dan kesan jangkitan mata dan telinga

Sudah tentu kita akan merasa terkejut apabila melihat senarai panjang penyakit yang dapat di elak atau disembuhkan dengan memakan minyak kelapa dara. Ini semua adalah kekuasaan tuhan yang telah dari awal lagi menunjukkan kepada manusia bahawa pohon kelapa kejadiannya amat berfungsi untuk kegunaan harian manusia. Tanpa kajian kajian yang dilakukan oleh pakar pakar negara barat, sudah pasti seribu satu rahsia alam yang tersimpan di dalam minyak kelapa dara tidak akan tercungkil. Maka terbuktilah betapa hebatnya kejadian dan hikmah tuhan seperti yang dimanifestasikan oleh pohon kelapa. Setiap yang dijadikan tuhan secara semulajadi sudah pasti ada hikmahnya. Janganlah pula kita sebagai insan kerdil menidakkannya




Rawatan dan Sihat tanpa ubat?
Minyak Kelapa dara - BIOVCO


Photobucket