1. Terma dan Syarat Pembelian
Dengan membuat tempahan di website ini, bermakna anda bersetuju dengan segala terma dan syarat yang ditetapkan seperti yang termaktub dalam di dalam halaman ini dan mengikut perubahannya dari semasa ke semasa bermula pada tarikh ianya dipaparkan. Anda seharusnya meneliti terma-terma dan syarat-syarat ini pada setiap kali anda melayari laman web ini kerana ianya merupakan suatu syarat yang wajib dipatuhi.
Tiada kontrak diwujudkan di antara anda (Pembeli, Pelanggan) dan kami (Penjual) sehinggalah kami mendapat maklumat pembelian dan penerimaan bayaran yang ditetapkan di dalam Invois. sila hubungi kami melalui fax ataupun email. Setelah kami menerima bayaran tersebut dan pengesahan telah dibuat barulah perjanjian termeterai dan wujud kontrak yang sah di antara anda dan kami.
2. Barangan dan Perkhidmatan
Barangan yang ditawarkan dan dijual adalah tertakluk kepada wujudnya stok. Sekiranya semasa anda membuat tempahan, stok sesuatu barangan itu telah kehabisan, kami akan memaklumkan kepada anda dengan secepat mungkin. Sekiranya anda tidak bersetuju dan ingin membatalkan pembelian tersebut, wang pembayaran anda akan dikembalikan.
Kami berhak membuat perubahan harga dari masa ke semasa. Harga pembelian hendaklah mengikut harga pada masa tempahan dibuat.
3. Pembayaran
Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia (RM)
Pembayaran bagi tempahan yang dibuat melalui laman web ini boleh dilakukan secara terus kepada mana-mana akaun bank yang tertera. Pembayaran melalui kad kredit diterima. Sekiranya pembayaran kad kredit dibuat secara online, bayaran akan diproses oleh Paypal dan Maynetwork akan tertera di bil kad kredit anda.
Sila simpan semua bukti pembayaran seperti cetakan daripada transaksi internet banking, resit daripada kaunter bank, resit daripada mesin ATM atau CDM untuk dijadikan sebagai bukti pembelian sekiranya pihak kami memerlukannya. Bukti tersebut perlu disimpan sehingga pesanan diterima.
4. Penghantaran
Penghantaran hanya akan dibuat setelah pesanan melalui borang online atau sms dan bayaran penuh telah pihak kami terima . Barangan tidak akan dihantar selagi bayaran tidak dijelaskan.
Penghantaran barangan anda adalah mengikut alamat yang diberikan semasa tempahan dibuat. Sekiranya berlaku perubahan alamat, kos penghantaran mungkin akan berubah. Sekiranya ini berlaku, anda dikehendaki membuat bayaran perbezaan tersebut sebelum penghantaran dapat dibuat.
Untuk memudahkan urusan penghantaran, kami menggunakan perkhidmatan kurier Pos Laju sahaja.
Kami akan memberikan Nombor Rujukan Penghantaran (Tracking Number) yang dikeluarkan oleh Pos Laju untuk memudahkan anda membuat semakan secara online atau melalui hotline Pos Laju di talian 1-300-300-300 atas permintaan pelanggan.
Tempoh penghantaran adalah bergantung kepada mod penghantaran dan destinasi. Penghantaran melalui Pos Laju hanya mengambil masa di antara satu atau dua hari bekerja bagi destinasi bandar-bandar utama di Malaysia. Bagaimanapun, tempoh ini mungkin lebih panjang jika destinasinya agak jauh di pedalaman. Anda hendaklah menyemak sendiri dengan Pos Laju di tempat anda untuk mengetahui dengan lebih tepat mengenai perkara ini.
5. Risiko
Penghantaran melalui Pos Laju dijamin selamat. Walaubagaimana pun kami tidak boleh dipertanggung jawab di atas sebarang kerosakan dan kecacatan barang semasa proses penghantaran dibuat oleh pihak Pos Laju.
6. Warranti
Semua barangan yang dibekalkan oleh kami dijamin berada dalam keadaan baik mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sekiranya terdapat sebarang kecacatan, sila maklumkan kepada kami secara lisan/bertulis dalam tempoh 24 jam. Kami akan berusaha untuk mencari penyelesaiannya.
7. Pembatalan Tempahan
Pembatalan tempahan hanya boleh dibuat jika proses penghantaran belum dibuat.
Jika pembatalan dibuat sebelum penghantaran dibuat, kami akan mengembalikan semua jumlah bayaran yang telah dijelaskan.
Jika pembatalan dibuat selepas penghantaran dibuat, Caj Pos Laju akan dikenakan dan bayaran tersebut akan dikembalikan selepas pihak kami menerima semula barangan yang telah dihantar.
8. Polisi Privasi
Segala maklumat yang anda berikan semasa membuat pembelian adalah khusus untuk memproses pembelian anda dan memberikan perkhidmatan terbaik berhubung dengan belian atau pesanan anda. Kami tidak akan dengan secara sengaja memberikan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga.
Salamz.. masih active lg penjualan BioVCo ni..sbb sye ade buat pembelian dan mesej slps pembelian di buat..tapi mesej tidak dibalas.
ReplyDelete