bayi2Masih terbayang berita di dada akhbar pada pertengahan tahun lepas mengenai kematian bayi berusia empat bulan di sebuah taska. Kematiannya adalah berpunca daripada jangkitan kuman pada paru-paru dan bukan disebabkan tersedak susu. Tidak mahu pisang berbuah dua kali, berita ini membuatkan kita terfikir bagaimana perkara itu boleh berlaku. Memang benar, ajal maut semuanya di tangan-NYA. Namun sebagai hamba-Nya, kita boleh berikhtiar untuk mengelak daripada berlaku.