photo banner-598x80-001a_zps49a50159.gif

Sunday, October 17, 2010

Resdung - Lebih berat dari masalah negara?


Waktu tidur yang cukup menjanjikan badan yang segar keesokan harinya, namun ini sedikit pun tidak bermakna bagi penghidap-penghidap resdung sedunia sekiranya bangun pagi dalam keadaan hidung tersumbat & ketat, bersin sehingga 7-8 kali, pedih anak tekak dll. Kadang-kala terfikir untuk mengambil Cuti Sakit atau Cuti Kecemasan, tetapi terpaksa diketepikan demi memikirkan tugasan di pejabat yang perlu diselesaikan. Hal ini amat membebankan para penghidapnya dan dianggap lebih berat daripada masalah negara. Ahli-ahli Yang Berhormat pasti tidak dapat menjalankan tugas harian mereka terhadap rakyat, Para Hakim pula tidak dapat menjatuhkan hukuman yang setimpal terhadap pesalah jika hidungnya sentiasa meleleh dengan mukus sambil bersin tanpa henti. Lebih parah lagi jika Abang Polis tersasar tembakan terhadap penjenayah kerana hidungnya gatal digigit 'hama' ketika melepaskan tembakan. Tidakkah ini menyebabkan kita menjadi kurang produktif menjalankan rutin harian?

Sebagai seorang penghidap resdung profesional, penulis telah melalui zaman ini lebih dari 14 tahun. Berbagai -  bagai kaedah rawatan yg telah digunakan, antaranya:

1) Pengambilan Ubat - seperti yg disarankan oleh doktor
2) Rawatan tradisional - menggunakan asap, lipas tanah, lintah dsb.
3) Pengambilan 'Makanan Tambahan' (Supplement food)  - vitamin, spirulina, herba etc.

Namun, kaedah-kaedah ini masih tidak mampu untuk merawat penyakit ini sepenuhnya. Pengawalan permakanan seperti mengelakkan pengambilan makanan laut terutamanya udang amatlah penting. Pil Claritin perlu dibawa ke mana-mana untuk kelegaan sementara sekiranya diserang resdung.

Sedikit informasi tentang Radang Sinus

Resdung sering dikaitkan dengan jangkitan Sinus, iaitu radang pada sinus dan saluran hidung. Jangkitan sinus boleh menyebabkan sakit kepala atau tekanan di hidung mata, bahagian pipi, atau di sisi kepala.Seseorang dengan jangkitan sinus mungkin juga mempunyai batuk, demam, nafas berbau, dan hidung tersumbat dengan lendir hidung tebal. Radang sinus dikategorikan sebagai akut (mendadak) atau kronik (jangka panjang).


Photobucket

Photobucket

Sinus sebenarnya adalah rongga-rongga udara yang berada di dalam tulang muka, sekeliling hidung dan bahagian-bagaian badan yang lain. Rongga-rongga pada bahagian muka bersambung ke hidung melalui saluran yang sangat kecil. Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga pada bahagian hidung setiap masa dan akan disalirkan ke dalam hidung. Jika aliran dari sinus ini tersumbat maka lendir akan berkumpul seterusnya kuman bakteria akan membiak didalam rongga sinus ini. Ini menyebabkan penghasilan nanah yang busuk dan bengkak akan berlaku di dalam lapisan hidung. Pembengkakan dan radang pada lapisan membrane rongga sinus boleh menyebabkan ketidakselesaan pada penghidap.

Tips merawat radang sinus

1. Tidur malam yang cukup
2. Bernafas dalam wap air panas, boleh ditambahkan sedikit dengan minyak angin.
3. Pengambilan ubat-ubatan seperti Claritin, Aspirin, ubat selsema dan sebagainya.
4. Bagi penghidap kronik, anda boleh mencuba Steroid Nasal Spray, bagi mengurangkan bengkak dan radang.
5. Pembedahan endoscopic untuk mencuci dan melebarkan saluran sinus.



Pencegahan radang sinus.

"Mencegah lebih baik dari mengubati" - Itulah hadith Rasulullah S.A.W yang kita sering dengar, selalu dikaitkan dengan tujuan perubatan. Pepatah Melayu juga turut berbunyi: "Bila dah terhantuk, baru nak tergadah". Pepatah ini boleh ditafsirkan sebagai "Bila dah sakit, baru nak cari ubat". Radang Sinus tidak juga dikecualikan dalam hal ini. Ia masih boleh dicegah:

1) Kurangan makanan laut seperti udang, sotong, ketam dll terutamanya bagi mereka yang mempunyai alahan
2) Hidari haiwan perliharaan seperti kucing dan anjing.
3) Guna topeng mulut dan hidung ketika mengemas rumah. Ini dapat mengelakkan habuk-habuk berterbangan     
    memasuki rongga mulut dan hidung.
4) Berhenti merokok
5) Jauhi alkohol
6) Rehat yang cukup.


Alhamdulillah, setelah sekian lama mencari-cari, akhirnya saya terjumpa dengan poduct BIOVCO, minyak kelapa dara yang begitu banyak khasiatnya. Tiada lagi hidung ketat bila bangun dari tidur, tiada lagi bersin bila menjawab panggilan telefon dan tiada lagi 'ulat resdung' di dalam hidung.

Selamat mencuba, ada pasti berpuas hati.




3 comments: