photo banner-598x80-001a_zps49a50159.gif

Wednesday, October 20, 2010

Rambut Gugur??



KEGUGURAN RAMBUT

Puncanya terlalu banyak, dan ianya harus ditangani dengan rawatan yang sempurna. Rambut gugur atau rambut yang semakin nipis merupakan masalah utama bagi lelaki mahupun perempuan. Rambut gugur bergantung pada pelbagai faktor seperti keturunan, pengambilan diet dan gizi yang tidak seimbang, penyakit seperti tekanan darah, diabetes, penyakit jantung dan masalah hormon. Keguguran rambut juga boleh berlaku akibat dari jangkitan rambut seperti kelimumur atau serangan kutu.

Seorang wanita akan menghadapi rambut gugur sewaktu melalui proses menopause dan semasa tempoh kehamilan disebabkan perubahan pada hormon. Ramai orang yang mengalami keguguran rambut pada usia muda dan ada juga yang mula kehilangan rambut di lewat usia empat puluhan mereka. Pertama, anda perlu melihat ‘nature’ keguguran tersebut dan mengambil bantuan dari pengamal perubatan yang dapat memberikan rawatan dan terapi ubat-ubatan. Berikut adalah beberapa ubat-ubatan yang boleh merawat masalah rambut gugur dengan berkesan. Krim topikal seperti Monioxidil sangat efektif dalam merangsang penumbuhan semula rambut anda. Propecia pula adalah ubat yang perlu diambil ketika seseorang sedang mengalami keguguran rambut dan dianggap lebih berkesan berbanding dengan minoxidil. Pengambilan protein adalah sangat diperlukan untuk pertumbuhan semula rambut.




Merawat Tanpa Kimia Bersama BIOVCO




No comments:

Post a Comment