photo banner-598x80-001a_zps49a50159.gif

Sunday, March 31, 2013

Masalah Jerawat

Masalah Jerawat

Jerawat merupakan masalah kulit yang menyebabkan terhasilnya bengkak-bengkak pada muka, dada atau belakang badan. Ia kemudiannya membentuk jerawat putih yang kecil mengandungi nanah atau jerawat hitam atau bonjolan berwarna merah. Perkataan jerawat berasal daripada satu perkataan greek yang bermaksud masa yang paling penting dalam hidup.

Jerawat atau acne merupakan keradangan (inflamasi) tisu pada bahagian kelenjar minyak pada bahagian kulit manusia. Kajian dalam bidang perubatan telah menunjukkan terdapat lebih kurang lima puluh jenis jerawat. Secara am, perkataan jerawat lebih menunjukkan kepada jenis jerawat umum iaitu acne vulgaris. Ia merupakan satu penyakit yang berlaku pada unit pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar minyak) pada bahagian kulit. Jerawat jenis ini merupakan jenis jerawat yang paling sering dialami oleh individu terutamanya golongan remaja dan golongan dewasa pada awal umur 20-an.

Tanda awal penyakit kronik


HARI ini pemeriksaan kesihatan ataupun saringan kesihatan sangat penting bagi setiap individu agar sentiasa peka terhadap perkembangan tubuh badan sendiri dan tidak mengambil mudah mengenai isu kesihatan.

Tanda awal penyakit kronik
Tambahan pula pelbagai penyakit mudah menyerang mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Begitu juga dengan sindrom metabolik. Ia dipercayai berpunca daripada berat badan yang berlebihan (obesiti), ukur lilit perut yang berlebihan (buncit), hipertensi, paras kolesterol yang tinggi (hiperkolesterolemia) dan peningkatan paras glukos dalam darah (diabetes atau prediabetes).

Tekanan darah tinggi


Tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberi gambaran di mana tekanan darah terhadap dinding arteri. Jantung menghasilkan tekanan bilamana ia mengepam darah keseluruh badan. Tekanan darah dapat diukur dengan menggunakan alat yang dipanggil sphygmanometer.


Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah iaitu BP 140/90 mmHg. Nilai tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) pula ialah tekanan darah diastolik. Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri (salur darah) bila jantung mengepam darah. Manakala tekanan darah diastolik pula ialah tekanan darah dalam arteri bila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan.

Hipertensi atau darah tinggi merupakan di antara penyakit yang dialami di kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di Malaysia. Ia lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.

Monday, March 25, 2013

Memahami alahan


Awasi daripada kerosakan gigi
Sistem imunisasi badan menjadi terlalu sensitif kepada satu atau lebih bahan dalam persekitaran yang biasa dan tidak membahayakan seperti debunga, habuk malah makanan.

Kepekaan ini menyebabkan tindak balas imun, seterusnya mengakibatkan gejala-gejala dari yang ringan (hidung dan mata berair, bersin, gatal-gatal) hingga teruk (sesak nafas, ruam, kejutan anafilaktik iaitu tindak balas alergik yang melampau dan umum). Gejala selalunya berlaku dengan setiap pendedahan terhadap alergen.

Apa itu alergen

Alergen adalah sesuatu yang menyebabkan tindakan alahan, berupa protein halus dalam bahan-bahan tertentu.

Contohnya alergen yang disebarkan oleh udara adalah debunga dan kulapuk manakala yang lain-lainnya terdapat di dalam makanan seperti kerang, kekacang dan susu.

Ancaman kencing manis

Ancaman kencing manis

Pesakit mempunyai kebarangkalian tiga kali ganda mendapat penyakit kritikal disebabkan kegagalan organ.

DALAM keluarga anda, termasuk saudara mara terdekat, berapa orang agaknya menghidap penyakit kencing manis? Seorang, dua atau lebih? Kini penyakit kencing manis menjadi seperti perkara biasa dan kita tidak terkejut apabila mengetahui ada rakan menghidap penyakit ini.

Berdasarkan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996, kira-kira 8.3 peratus penduduk Malaysia menghidap kencing manis. Selepas 10 tahun, jumlah sebenarnya jauh lebih tinggi dan lebih membimbangkan, penyakit ini makin menular pada golongan muda.

Namun perkara ini tidak harus dianggap sebagai kebiasaan dan perlu dielakkan dengan penjagaan pemakanan sejak muda, terutama bagi individu yang menghadapi masalah berat badan berlebihan, mempunyai ahli keluarga menghidap sakit jantung dan kencing manis.

Tuesday, March 12, 2013

Tiroid bukan sekadar bengkak pada leher

Tiroid bukan sekadar bengkak pada leher
APABILA menyebut mengenai penyakit tiroid, maka kita akan menggambarkan seorang pesakit yang mengalami bengkak di depan leher dengan tubuh kurus. Namun, tidak semua pesakit tiroid menonjolkan ciri-ciri bengkak di leher.

Bagaimanapun, paling ketara, pesakit tiroid selalunya mengalami masalah menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah.

Apakah yang menyebabkan tiroid dan adakah hanya bengkak di leher menunjukkan seseorang itu berpenyakit tiroid dan harus dibedah?

Perunding Perubatan dan Endokrinologis (diabetologis) di sebuah hospital swasta di ibu negara, Dr Sharifah Sakinah Syed Othman al-Yahya, berkata ada pelbagai jenis tiroid.

Beliau berkata, hipertiroid dan hipotiroid ialah penyakit tiroid yang paling kerap dialami, terutama wanita berusia 20 tahun ke atas.

Sunday, March 10, 2013

Risau gemuk, tua


Risau gemuk, tua
Keyakinan terhadap kesihatan merosot bila cecah usia 65 tahun

KAJIAN Indeks Kesihatan dan Kesejahteraan Philips mendapati rakyat Malaysia berpuas hati dengan tahap kesihatan mereka tetapi golongan tua berasa kurang kawalan ke atas aspek itu.

Keputusan diperoleh hasil kajian Royal Philips Electronics menerusi tinjauan tanggapan dan tingkah laku warga Malaysia dewasa dalam usia 18 tahun dan ke atas terhadap penjagaan kesihatan dan kesejahteraan mereka.

Kajian Indeks Philips: Laporan Kesihatan & Kesejahteraan Malaysia 2010 menunjukkan rakyat kita umumnya berpuas hati dengan tahap kesihatan dan kesejahteraan mereka dan mencatat skor Indeks Philips sebanyak 71 peratus, tertinggi di Asia Pasifik. Bagaimanapun, perasaan itu mula merosot apabila mereka mencapai usia 65 tahun dan ke atas.

Ekzema tak berjangkit


Ekzema tak berjangkit
KULIT menjadi kering, merah dan gatal. Ini gejala biasa apabila seseorang mengalami ekzema, iaitu antara masalah kulit yang sangat lazim pada kanak-kanak dan orang dewasa. Pada kanak-kanak, ekzema biasanya bermula sebelum mereka berumur 12 bulan.

Bahagian kulit yang diserang ekzema bukan saja menjadi kering dan gatal, tetapi kadangkala boleh merekah, berkudis dan berkeping. Bagaimanapun, dengan penjagaan baik, masalah ekzema boleh dikawal.

Penjagaan kulit kanak-kanak yang ada ekzema biasanya satu proses berterusan sehingga besar. Walaupun keadaan kulit ketika serangan agak menakutkan, ia tidak berjangkit.

Thursday, March 7, 2013

Minyak Kelapa Dara (VCO) dan Penyakit Jantung

Minyak Kelapa Dara (VCO) dan Penyakit Jantung
Makan tu tak boleh, makan ni tak boleh.. nanti sakit jantung, kene strok.. santan bahaya, kolesterol tinggi! Semua lantunan komen itu membantutkan pilihan selera dan citarasa kita. Malah ramai orang mula beralih kepada susu lembu sebagai alternatif santan. Begitulah reputasi buruk yang dilemparkan kepada santan dan kelapa. Benarkah begitu? Ketahuilah wahai pembaca sekalian, kesemuanya tidak benar!

Kelapa sangat berkhasiat. Kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Ia diklasifikasikan sebagai makanan banyak fungsi. Malah, saintis menggelarkannya 'buah kehidupan' kerana banyak manfaat kesihatan. Jadi, apa yang benar tentang kelapa dan santan? Jom baca sikit info tentang santan/minyak kelapa dengan penyakit jantung.

Kenapa rambut gugur?

Kenapa rambut gugur?

Ada yang berpendapat, jika masalah keguguran rambut berlaku pada lelaki, mereka boleh memilih untuk membotakkan kepala, namun hakikatnya bukan semua orang sesuai dengan gaya ini.

Malah ada kajian menunjukkan lelaki botak mempunyai peluang lebih rendah untuk diterima bekerja berbanding yang mempunyai rambut.

Berdasarkan laporan Persatuan Dermatologi Malaysia, jenis masalah keguguran rambut paling kerap dialami ialah alopecia androgenetik yang berlaku pada 30 peratus lelaki berusia 30 tahun, 50 peratus lelaki pada usia 50 tahun dan 50 peratus wanita menjelang usia 60 tahun.

Batuk berpanjangan


Batuk berpanjangan

Kebanyakan perokok menganggap batuk adalah masalah biasa tetapi jika ia berlanjutan, itu bermakna ada sesuatu yang tidak kena; apatah lagi jika anda cepat berasa penat dan mengah (tercungap-cungap bernafas) apabila melakukan senaman mudah, termasuk menaiki tangga.

Menghidap COPD bermakna saluran udara ke paru-paru anda separa tersumbat dan membuatkan anda sukar bernafas. Ia penyakit kronik yang mengambil masa bertahun-tahun untuk terjadi dan biasanya dialami pesakit berumur 60 tahun. Bagaimanapun, penyakit dialami pesakit tua ini kebanyakannya teruk dan sukar dirawat.

Oleh kerana proses pembentukan penyakit ini mengambil masa yang lama, ada kemungkinan COPD bermula lebih awal iaitu pada usia 40-an dan punca utamanya ialah merokok.

Wednesday, March 6, 2013

Gangguan hormon punca tiroid


Gangguan hormon punca tiroid

Bengkak atau benjolan di leher bukan saja menjejaskan penampilan, tetapi juga memberi kesan kepada kesihatan. Ini kerana ia berkemungkinan petanda seseorang itu mengalami penyakit tiroid akibat pembesaran kelenjar tiroid.

Kelenjar tiroid di bahagian depan leher mengeluarkan hormon dan antara hormon terpenting ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3) yang mengawal kadar metabolisme badan.

Namun, pengeluaran hormon tiroid yang terlebih (hyperthyroidism) atau kurang (hypothyroidism) menyebabkan terjadinya tiroid.

Elak tangan sentuh muka


Elak tangan sentuh muka

Sepanjang berkawan dengannya, tidak pernah penulis melihat wajahnya kusam. Apa rahsianya yang membuatkan kulitnya seolah-olah kebal daripada jerawat atau masalah lain? Katanya, selain menda­patkan tidur yang cukup, dia juga mengamalkan minum banyak air dan mengurangkan makanan berminyak.

Ini nasihat umum dan terlalu biasa, kata penulis, yang membuatkan si kecil molek itu tersenyum. Rahsia kecantikan seterusnya juga bukanlah luar biasa dia memastikan mukanya ‘terjaga’ daripada tangannya sendiri. Maknanya, tangannya tidak bebas menyentuh mukanya kecuali selepas dicuci bersih.

Kawal protein


Kawal protein

Apabila buah pinggang gagal berfungsi dengan baik, bahan buangan yang biasa dikeluarkan tubuh melalui air kencing akan kekal dalam darah, menyebabkan hilang selera makan, loya, muntah, keletihan, lemah badan dan penurunan berat badan.

Penyakit buah pinggang kronik (CKD) adalah kemerosotan fungsi buah pinggang yang tidak boleh dipulihkan dan berlaku secara beransur-ansur dalam jangka masa panjang.

Diabetes antara sebab utama berlakunya CKD. Lebih sejuta penduduk Malaysia mengalami diabetes, manakala 75 peratus daripadanya mengalami kegagalan buah pinggang akibat diabetes. Faktor yang menyumbang kepada CKD ialah sakit jantung, gout dan darah tinggi dan penggunaan ubat tahan sakit berpanjangan.

Proses metabolisme terjejas


Proses metabolisme terjejas

Semuanya bermula daripada masalah dihadapi salah seorang teman di sini yang sukar ke tandas sehingga dinasihatkan doktor untuk minum banyak air masak, membuatkan kami semua ketawa.

Namun dalam ketawa, kami jadikan ia satu pengajaran. Selama ini memang sudah diketahui pentingnya mengambil air secukupnya untuk kekal cantik, cergas dan sihat, tetapi nasihat umum itu sering dipandang ringan.

Malah tidak terhitung jumlah hari badan dibiarkan ‘menderita’ dalam diam kerana kita hanya minum tiga atau empat gelas air sehari apatah lagi dalam cuaca panas seperti negara kita.

Ramai tidak sedar mengantuk selepas makan tengah hari ialah petanda penting badan kita kekurangan air.

Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).

Monday, March 4, 2013

Mencegah kebocoran pundi kencing



Awasi daripada kerosakan gigiRasa hendak buang air kencing yang datang secara tiba-tiba atau masalah lemah pundi kencing dan tidak boleh 'berkompromi' walau sesaat membuatkan individu itu menjadi kelam-kabut dan tidak sempat hendak ke tandas. Jika anda sering berdepan masalah sukar mengawal pengeluaran air kencing, ia petanda anda menghadapi Lemah Kawalan Kencing.

Masalah itu yang juga dikenali sebagai 'inkontinens urinari' atau lemah pundi kencing. Dalam bahasa harian ia dipanggil juga sebagai 'kebocoran kencing'. 'Inkontinens urinari' turut berlaku ketika ketawa, batuk, bersin, bersenam dan mengangkat barangan berat. Menurut kaji selidik Inkontinens Sedunia 2010 yang dijalankan oleh Syarikat Poise, 30 peratus golongan dewasa di negara ini mengalami 'inkontinens urinari' dan 70 peratus daripada mereka ialah wanita. Kebanyakan mereka malu untuk berbincang masalah 'inkontinens urinari' yang mereka hadapi.

Buasir


BuasirANDA biasa membuang air besar dan ada daging membengkak yang akan keluar bersama najis? Walaupun ia sedikit aneh tetapi daging bengkak itu tidak sakit dan akan termasuk semula ke dalam dubur.

Adakah anda tahu benda itu dinamakan buasir? Buasir terjadi di dalam dubur. Ia tidak normal dan memang pesakitnya tidak akan merasa sakit bila membuang air besar. Buasir masalah kesihatan yang biasa dan dikatakan setiap seorang dari tiga orang pernah mengalami pendarahan akibat buasir dalam hidupnya.

Apa penyebab buasir? Di dalam dubur manusia, ada struktur yang dikenali sebagai "vaskular endocushions" yang menyebabkan otot-otot dubur kenyal. Biasanya, struktur ini kecil dan tidak ketara. Walau bagaimanapun, apabila seseorang itu mengalami sembelit ataupun meneran ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Mencegah penyakit gusi


Mencegah penyakit gusi

GUSI diperbuat daripada tisu lembut. Ia mengelilingi bahagian bawah gigi yang dipanggil akar gigi. Menjaga gusi adalah sama penting seperti menjaga gigi anda.

Penyakit gusi adalah jangkitan pada gusi. Ia disebabkan plak, lapisan melekit yang terkumpul pada gigi dan gusi. Plak menghasilkan asid dan toksin yang menjadikan gusi merah, bengkak dan berdarah.

Ia boleh menyebabkan gusi lekang daripada gigi. Ini akan menyebabkan ruang kosong antara gusi dan gigi. Kuman boleh terperangkap pada ruang ini, menjadikan tulang sekitar gigi lemah.

Ramai menghidapi penyakit gusi peringkat awal yang boleh dirawat dengan penjagaan mulut yang baik. Tetapi sekiranya anda mengabaikan penyakit gusi, ia akan melemahkan gusi di sekitar gigi dan menyebabkan gigi longgar dan terkeluar.

Pengawalan kolesterol


Pengawalan kolesterol

Makanan seimbang yang disertai dengan aktiviti fizikal merupakan aspek yang harus diutamakan dalam usaha menangani kebanyakan penyakit masyarakat masa kini. Mungkin sesetengah dari kita sudah jemu mendengar cadangan ini, namun percayalah ia masih relevan dan terbukti berkesan hingga kini.

Kebanyakan daripada kita boleh melihat perubahan yang positif selepas sebulan berpuasa, terutamanya penurunan berat badan atau perut yang lebih kempis. Namun, ramai juga yang akan mengeluh apabila keadaan akan kembali kepada asal selepas sebulan hari raya. Begitu juga dengan masalah kesihatan lain seperti diabetes dan kolesterol.