photo banner-598x80-001a_zps49a50159.gif

Monday, March 4, 2013

Mencegah kebocoran pundi kencing



Awasi daripada kerosakan gigiRasa hendak buang air kencing yang datang secara tiba-tiba atau masalah lemah pundi kencing dan tidak boleh 'berkompromi' walau sesaat membuatkan individu itu menjadi kelam-kabut dan tidak sempat hendak ke tandas. Jika anda sering berdepan masalah sukar mengawal pengeluaran air kencing, ia petanda anda menghadapi Lemah Kawalan Kencing.

Masalah itu yang juga dikenali sebagai 'inkontinens urinari' atau lemah pundi kencing. Dalam bahasa harian ia dipanggil juga sebagai 'kebocoran kencing'. 'Inkontinens urinari' turut berlaku ketika ketawa, batuk, bersin, bersenam dan mengangkat barangan berat. Menurut kaji selidik Inkontinens Sedunia 2010 yang dijalankan oleh Syarikat Poise, 30 peratus golongan dewasa di negara ini mengalami 'inkontinens urinari' dan 70 peratus daripada mereka ialah wanita. Kebanyakan mereka malu untuk berbincang masalah 'inkontinens urinari' yang mereka hadapi.

'Inkontinens urinari' bukan penyakit, sebaliknya simptom ini disebabkan masalah kesihatan atau kadangkala kesan pengambilan ubatan. Masalah ini boleh menjejaskan keadaan fizikal, emosi dan psikologi seseorang wanita. Wanita mengalami 'inkontinens urinari' lapan hingga sembilan kali lebih kerap berbanding lelaki. Ada yang menganggap 'inkontinens urinari' tidak akan menjadi lebih teruk dan akan pulih dengan sendiri. Namun, tanggapan itu salah kerana gejala ini boleh bertambah teruk jika tidak dirawat dan dibiarkan begitu sahaja.

Untuk pengetahuan, 'inkontinens urinari' ada beberapa jenis iaitu inkontinen jenis tekanan (stres), inkontinen jenis desakan, inkontinen jenis campuran, inkontinen jenis melimpah dan juga inkontinen disebabkan penggunaan ubat.

Wanita yang menghadapi masalah 'inkontinens urinari' tidak harus terlalu malu kerana ada cara untuk menanganinya seperti menjaga diet, mengekalkan berat badan sihat dan melakukan senaman kegel.

Wanita juga perlu elak minum air batu yang mudah menyebabkan batuk serta mengambil minuman berkarbonat dan mengandungi kafein yang menyebabkan radang atau kerengsaan pada pundi kencing.

Saya nasihatkan Ieza mengamalkan senaman kegel secara regular untuk membantu menguatkan otot lantai pelvik (otot di bawah pundi kencing) dan membantu menghalang kebocoran. Senaman kegel adalah rawatan berkesan untuk wanita dewasa yang mengalami lemah kawalan kencing dan tidak mendatangkan risiko kesan sampingan. Senaman ini perlu dilakukan dengan betul. Pastikan anda selesa dan bernafas secara normal. Kemudian, kemutkan otot pelvik anda seakan cuba untuk menahan kencing. Tahan otot itu selama 10 saat ketika bernafas normal, kemudian relaks. Ulangi sebanyak 10 kali, tiga kali sehari.

Ada beberapa perkara lain yang boleh anda lakukan, iaitu mengekalkan berat badan yang sesuai untuk mengurangkan bebanan pada otot lantai pelvik, berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan rawatan yang sepatutnya dan anda boleh juga menggunakan pelapik seluar (panty liner) yang direka khas untuk masalah 'inkontinens urinari'.

No comments:

Post a Comment