Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim.
Bagi wanita, mengetahui sesuatu yang asing sedang tumbuh dan membesar di
dalam rahimnya merupakan perkara yang merunsingkan. Ketumbuhan fibroid
menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur
50 tahun.
Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 peratus wanita dalam lingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid.




