photo banner-598x80-001a_zps49a50159.gif

Tuesday, April 9, 2013

Menurunkan Berat Badan dengan Minyak Kelapa Dara

Menurunkan Berat Badan dengan Minyak Kelapa Dara Minyak kelapa boleh membantu menurunkan berat badan. Secara amnya minyak kelapa dara boleh dikategorikan lemak berkalori rendah. Pengambilan minyak kelapa sebagai pengganti minyak sayuran lain akan menyebabkan kandungan kalori tubuh berkurangan. Jumlah kalori yang diberikan minyak kelapa dara memiliki kemampuan yang hampir sama dengan peranan karbohidrat kerana minyak kelapa dara dicerna dan diproses secara berbeza dengan lemak-lemak yang lain didalam sistem penghadaman.

Tidak seperti lemak-lemak yang lain, MCFA (Medium-Chain Fatty Acid) yang terdapat dalam minyak kelapa dara dicerna dan digunakan secara berbeza. Asid lemak tidak dikemas di dalam lipoprotein dan tidak diedarkan di dalam aliran darah seperti lemak-lemak yang lain, namun dihantar terus ke dalam hati (liver) di mana ia kemudian terus diubah menjadi tenaga sama seperti karbohidrat. Jadi, ketika Anda memakan minyak kelapa dara, tubuh terus menggunakannya dalam menghasilkan tenaga bukan menyimpannya sebagai lemak didalam tubuh.

Wednesday, April 3, 2013

Minyak Kelapa Dara Dan Pengawalan Penyakit Kardiavaskular

Pengawalan Penyakit Kardiavaskular

Minyak dan kolesterol merupakan istilah yang amat sinonim. Kita seringkali diberitahu tentang kemudaratan yang dibawa oleh minyak. Walau bagaimanapun tahukah anda minyak kelapa dara mempunyai khasiat yang menakjubkan? Seperti yang kita ketahui minyak terdiri daripada asid lemak. Asid lemak pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu. Faktor utama yang membezakan kedua-dua lemak ini adalah ikatan kimianya. Asid lemak tepu menunjukkan ikatan kimia yang lebih stabil berbanding dengan asid lemak tak tepu, ini berdasarkan jumlah atom yang terikat padanya. Keadaan struktur kimianya yang stabil ini menyebabkan ianya sukar dioksidakan berbanding dengan asid lemak tak tepu. Pengoksidaan asid lemak meyebabkan penghasilan radikal bebas yang reaktif dan memudaratkan dalam badan.

Monday, April 1, 2013

Awasi kolesterol dalam darah


Awasi kolesterol dalam darahAwasi kolesterol Apakah itu kolesterol? Adakah ianya bahaya? Bilakah ianya akan mendatangkan risiko tinggi kepada manusia? Apakah komplikasi-komplikasi yang terhasil daripada hiperkolesterolemia? Bagaimana pula langkah pencegahan atau rawatannya?

Jika anda seorang yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi dalam darah, dihujani persoalan dan permasalahan yang banyak boleh mempercepatkan kehadiran satu lagi penyakit iaitu tekanan darah tinggi.

Mulut berbau atau halitosis

Mulut berbau atau halitosis
Faktor utamanya adalah disebabkan sisa makanan yang tertinggal di celah gigi. Sisa yang tidak dibersihkan pula akan mereput dan akhirnya menyebabkan nafas berbau. Masalah gusi juga mungkin boleh menyebabkan mulut berbau.

Justeru, memastikan mulut sentiasa bersih adalah tanggungjawab kita sepanjang masa. Mulut tidak hanya membantu fungsi mengunyah makanan, tetapi pada masa sama menjadi rumah kepada ratusan dan mungkin utaan jenis bakteria. Keseimbangan antara jenis-jenis bakteria ini memastikan mulut sentiasa segar.

Perlu diingat, punca mulut berbau tidak sama bagi setiap orang. Pemeriksaan dengan doktor gigi akan memastikan punca sebenar masalah anda.

INFO: Tanda-tanda mulut anda berbau


* Anda sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak dalam mulut

Melindungi kulit

masalah kulit dan minyak kelapa dara

Kebanyakan krim kulit mengandungi bahan kimia yang tidak sesuai untuk kulit anda. Banyak laporan dan kajian menunjukkan bahawa bahan tambahan dan pengawet dalam krim boleh diserap melalui kulit dan ia boleh mendatangkan kesan sampingan terhadap kesihatan. Malah mereka yang memiliki kulit sensitif tidak boleh menggunakannya sama sekali. Ia boleh menyebabkan kulit ruam atau kulit mereka berubah merah dan mengalami kegatalan.


Sebahagian besar bahan kimia sintetik yang ditemui dalam krim berpotensi untuk merosakkan kulit anda dengan meningkatkan jumlah radikal bebas yang dihasilkan pada lapisan kulit.

Contohnya octocrylene ia tidak berbau, apabila disapukan pada kulit, octocrylene boleh meresap ke dalam lapisan bawah kulit anda, di mana ia boleh berinteraksi dengan sinar ultraviolet dari matahari, yang menghasilkan radikal bebas.

Imuniti badan manusia kian kurang

Imuniti badan manusia kian kurang

ANTIBIOTIK adalah sejenis bahan kimia yang terhasil menerusi mikro organisma yang boleh mengehadkan pertumbuhan atau membunuh kuman. Ia digunakan dengan meluas dalam bidang perubatan dan pertanian sebagai ubat untuk membantu pertahanan sesuatu jasad melawan penyakit berjangkit untuk manusia, tumbuhan dan haiwan.

Bagaimanapun, kebelakangan ini banyak syarikat pembuat ubat tidak lagi mengeluarkan antibiotik baru, walaupun kebanyakan antibiotik sedia ada tidak lagi mampu melawan pelbagai spesies kuman yang baru muncul.