photo banner-598x80-001a_zps49a50159.gif

Wednesday, February 27, 2013

Minuman berkarbonat disyaki punca diabetes

Minuman berkarbonat disyaki punca diabetes

KEHIDUPAN sebagai pesara nyata memberi impak berbeza kepada Raja Abdul Rahman Raja Musa, 55, yang menghidap diabetes atau kencing manis sejak 15 tahun lalu.

Pesara sebuah syarikat cari gali minyak ini mengakui, rutin hariannya berubah selepas bersara. Ini memberinya lebih peluang untuk berehat dan menghabiskan masa di rumah bersama keluarga. Bagaimanapun, Raja Abdul Rahman mengakui ini secara tidak langsung mengganggu pengurusan penyakitnya.

“Setiap pesakit berbeza impak pengurusan penyakit dan faktor yang menyebabkan gula dalam darahnya meningkat. Bagi saya, sejak kebelakangan ini, ia sering tidak menentu dan kerap naik turun kerana tabiat pemakanan yang kurang berdisiplin.

Kaitan gout dan batu karang


Kaitan gout dan batu karang

PENYAKIT gout boleh membawa kepada pembentukan batu karang ginjal. Ini kerana pengumpulan kristal asid urik yang dikenal pasti sebagai punca utama penyakit gout boleh berlaku dalam buah pinggang. Keadaan ini seterusnya membawa kepada pembentukan batu karang ginjal. Namun begitu, ia lebih kerap melanda sendi terutama pada ibu jari kaki.

Sakit pada bahagian pinggang sebelah kanan dan kencing berdarah, kemungkinan besar adalah masalah batu karang ginjal. Bagaimanapun, beberapa pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengesahkan kehadiran batu karang ginjal.

Saturday, February 23, 2013

Masalah Hidung Berdarah?


Awasi daripada kerosakan gigi

Anda mungkin menyangka suhu badan terlalu panas hingga darah keluar dari hidung atau hidung tersumbat disebabkan selesema. Walaupun ia menyerupai gejala masalah kesihatan lain, ia sebenarnya antara gejala kanser hidung atau nasopharyngeal carcinoma (NPC).Kanser ini terjadi pada bahagian belakang hidung dan di atas tekak. Pesakit kanser hidung juga mungkin tidak menyedari mereka menghidap penyakit itu kerana cuma mengalami sakit biasa seperti bengkak di leher, telinga berdengung di sebelah bahagian, sakit kepala yang berterusan mahupun penglihatan kabur atau imej yang dilihat berbayang.

Wednesday, February 20, 2013

Lemak dalam Minyak Kelapa Dara


Awasi daripada kerosakan gigi

Minyak Kelapa Dara ( Virgin Coconut Oil ) adalah 100% minyak lemak tepu ('saturated oil'). Walaupun begitu, lemak tepu tersebut adalah jenis yang mudah larut dalam badan. Lemak tepu Minyak Kelapa Dara terdiri dari asid lemak yang amat bermanfaat untuk kesihatan badan.

Kandungan 50% asid laurik dan antara 6-7% asid capric. Asid Lauric dan Asid Capric adalah sejenis lemak asid yang tergolong dalam lemak asid yang dipanggil 'Medium Chain Fatty Acids (MTFA)' atau lemak asid berantai sederhana.

Monday, February 18, 2013

Apa itu Strok?


Strok adalah punca kematian ketiga terbesr di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.

INFO & TIPS UNTUK KESIHATAN KITA BERSAMA



HEALTHY JUICES



Carrot + Ginger + Apple  - Boost and cleanse our system.



Apple + Cucumber + Celery -   Prevent cancer, reduce cholesterol, and improve stomach upset and headache.

Basmi kuman persekitaran


Basmi kuman persekitaranKAJIAN dilakukan Universiti Arizona di Amerika Syarikat, mendapati kira-kira 200,000 bakteria pada setiap 12.9 sentimeter persegi lantai. Justeru itu, bayangkan lantai di kediaman kita tidak mustahil dipenuhi bakteria atau kuman berbahaya.


Sehubungan itu, kediaman yang sempurna, bersih dan terpelihara daripada kekotoran atau bahaya adalah syurga bagi keluarga, terutama jika mempunyai anak kecil yang tidak tahu membezakan persekitaran selamat mahupun tidak, bersih atau kotor.

Selain lantai, kawasan seperti bilik air, tandas dan dapur terutama permukaan sinki antara kawasan yang mungkin dihuni bakteria berbahaya tetapi tidak dapat dilihat mata kasar manusia menyebabkan kita hanya membersihkan setiap hari sambil lalu tanpa terfikir bahawa bakteria masih kekal di situ.

Sunday, February 17, 2013

Psoriasis Kulit merekah, bersisik

APABILA melihat orang yang mempunyai kulit bertompok merah, bersisik, kadangkala merekah dan berdarah, ramai cuba menjauhkan diri kerana bimbang dijangkiti, tanpa menyedari tindakan itu hanya membuatkan pesakit berasa lebih rendah diri.

Tanda disebut di atas adalah sebahagian daripada ciri penyakit kulit dipanggil psoriasis. Jika anda berselisih dengan orang yang ada ciri seperti ini, jangan takut kerana ia tidak berjangkit.

Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang dihidapi kira-kira dua hingga tiga peratus penduduk setiap negara di seluruh dunia. Penyakit ini ada dalam semua kelompok masyarakat tanpa mengenal umur, jantina dan keturunan.

Biasanya simptom psoriasis bermula ketika pesakit masih muda, tetapi kebanyakan pesakit mula mengalami masalah ini dalam lingkungan umur 20 hingga 30 tahun.

Bagaimana bentuk dan rupa psoriasis? Ketua Jabatan Dermatologi Universiti British Columbia merangkap Pengarah Perubatan Pusat Penjagaan Kulit, Hospital Besar Vancouver, Kanada, Profesor Harvey Lui, berkata psoriasis ada lima ciri utama iaitu tompokan kulit yang timbul, berwarna merah menyala dan bersisik perang berkilat.

Darah tinggi, kencing manis potensi strok

WALAUPUN strok boleh menyerang sesiapa pada bila-bila masa, ia tidak berlaku begitu saja, kata Profesor C.T. Tan, Presiden Persatuan Sains Neuro.

Simptom tertentu seperti kebas atau pertuturan yang tidak jelas boleh berlaku tiba-tiba tetapi keadaan yang sebenarnya (dikenali sebagai penyakit cerebrovascular) hanya akan dikesan bertahun-tahun selepas serangan strok berlaku.

Bagi mencegah serangan itu, mereka yang mempunyai risiko untuk diserang perlu mengetahui faktor yang mengakibatkannya.

Sungguhpun tiada faktor risiko yang dapat dielak seperti umur, sejarah keluarga dan jantina (lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding wanita). Prof. Tan berkata, 70 hingga 80 peratus strok berpotensi untuk dihalang.

Fibroid dan Kehamilan


Fibroid ialah ketumbuhan biasa atau ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot dan berlaku di dalam rahim.

Bagi wanita, mengetahui sesuatu yang asing sedang tumbuh dan membesar di dalam rahimnya merupakan perkara yang merunsingkan. Ketumbuhan fibroid menyerang lebih seorang daripada setiap lima orang wanita di bawah umur 50 tahun.

Kajian menunjukkan bahawa sebanyak 20 peratus wanita dalam lingkungan usia subur, iaitu 30 hingga 40 tahun menghidap fibroid.