photo banner-598x80-001a_zps49a50159.gif

Wednesday, February 20, 2013

Lemak dalam Minyak Kelapa Dara


Awasi daripada kerosakan gigi

Minyak Kelapa Dara ( Virgin Coconut Oil ) adalah 100% minyak lemak tepu ('saturated oil'). Walaupun begitu, lemak tepu tersebut adalah jenis yang mudah larut dalam badan. Lemak tepu Minyak Kelapa Dara terdiri dari asid lemak yang amat bermanfaat untuk kesihatan badan.

Kandungan 50% asid laurik dan antara 6-7% asid capric. Asid Lauric dan Asid Capric adalah sejenis lemak asid yang tergolong dalam lemak asid yang dipanggil 'Medium Chain Fatty Acids (MTFA)' atau lemak asid berantai sederhana.

Asid laurik, iaitu salah satu asid lemak tepu berantai sederhana, akan terus diserap ke saluran darah dan dihantar ke hati. Disini asid ini tidak akan disimpan sebaliknya akan dibakar untuk mendapatkan tenaga, sama seperti sifat karbohidrat. Manakala asid lemak tepu berantai panjang, asid lemak mono tak tepu, asid lemak poli tak tepu serta kolestrol tidak akan terus dibakar sebaliknya akan dikumpulkan bersama protein untuk membentuk sebatian yang dinamakan ‘lipoprotein’ yang akan diedarkan ke aliran darah.

Minyak yang dimakan akan diuraikan oleh sejenis ezim, yang terdapat dalam badan manusia, dikenali sebagai ‘pancreatic lipase’. Enzim ini akan menguraikan minyak kelapa kepada monolaurik dan asid laurik. Monolaurik dan asid laurik yang terbentuk akan meresap ke dalam saluran darah dan bertindak sebagai anti-bakteria, anti-virus dan anti-kulat dan anti-protozoa.

Bahan aktif ini didapati berkesan mengubah atau menyahsruktur sel membran bakteria, kulat dan virus menyebabkan pembiakan mereka terhenti. Yang menakjubkan, bahan ini hanya bertindak kepada sel membran bakteria patogen (gram positif) dan didapati tidak bertindak kepada bakteria semulajadi yang terdapat dalam perut.

Adakah minyak kelapa dara meningkatkan paras kolesterol?

Tidak, minyak kelapa dara yang diproses secara bioteknologi tidak meningkatkan kolesterol darah. Kajian, sekumpulan penyelidik telah menyedari penduduk di Kepulauan Filiphina, iaitu Polynesians dan Bicolanos yang mengamalkan diet kelapa dalam kehidupan harian tidak mendapat penyakit jantung koronari dan mempunyai paras kolesterol yang rendah.

Kajian yang dilakukan oleh penyelidik barat iaitu Kaunitz dan Dayrit (1992) ke atas populasi yang mengamalkan diet kelapa, mendapati minyak kelapa dara tidak meningkatkan kolesterol serum darah dan tidak meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung koronari. Salah satu faktor yang menyebabkan peningkatan kolesterol darah adalah kadar metabolisma badan yang rendah. Minyak kelapa dara dapat meningkatkan metabolisma badan dan sekaligus dapat menurunkan paras kolesterol darah.

Kajian menunjukkan pengambilan kelapa dara atau nama saintifiknya Cocos nucifera dalam diet harian didapati mampu mengurangkan risiko penyakit jantung, merendahkan deposisi lemak, meningkatkan metabolisma, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan penghasilan radikal bebas dalam sel, menurunkan paras kolesterol darah dan hati serta mempunyai sifat anti-oksidan terhadap sel.

No comments:

Post a Comment