photo banner-598x80-001a_zps49a50159.gif

Thursday, February 9, 2012

Minyak Kelapa Dara Dan Pengawalan Penyakit Kardiavaskular

Minyak dan kolesterol merupakan istilah yang amat sinonim. Kita seringkali diberitahu tentang kemudaratan yang dibawa oleh minyak. Walau bagaimanapun tahukah anda minyak kelapa dara mempunyai khasiat yang menakjubkan? Seperti yang kita ketahui minyak terdiri daripada asid lemak. Asid lemak pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu. Faktor utama yang membezakan kedua-dua lemak ini adalah ikatan kimianya. Asid lemak tepu menunjukkan ikatan kimia yang lebih stabil berbanding dengan asid lemak tak tepu, ini berdasarkan jumlah atom yang terikat padanya. Keadaan struktur kimianya yang stabil ini menyebabkan ianya sukar dioksidakan berbanding dengan asid lemak tak tepu. Pengoksidaan asid lemak meyebabkan penghasilan radikal bebas yang reaktif dan memudaratkan dalam badan.

Minyak Kelapa Dara Seribu guna menyimpan seribu rahsia

Pohon kelapa telah dijadikan tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.

Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.

Wednesday, February 8, 2012

Resdung Boleh Menyebabkan Buta

Selain itu, rasa sakit juga turut dirasai pada bahagian kepala terutama dahi dan pipi. Memperkatakan tentang penyakit yang juga dikenali sebagai sinusitis ini, masih ramai beranggapan ia bukanlah satu penyakit serius.

Sebaliknya tanpa disedari ia juga antara penyakit yang sekiranya tidak dirawat dengan sempurna boleh mengakibatkan komplikasi serius terutama kepada kanak-kanak dan orang dewasa.

Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), di salah sebuah hospital terkemuka di Bandar Sunway, Petaling Jaya Dr. Gan Tong Nee, memberitahu resdung terjadi apabila terdapatnya radangan pada rongga sinus iaitu rongga atau ruang udara yang berada di tulang muka.

Manfaat dan Khasiat Minyak Kelapa Dara yang mesti diketahui !!!

Minyak kelapa dara memiliki banyak manfaat kesihatan seperti untuk rawatan rambut, rawatan kulit, mengawal kolesterol, menurunkan berat badan, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, pencernaan dan metabolisma, mencegah masalah buah pinggang, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis atau diabetes, HIV dan kanser, Penjagaan gigi dan kekuatan tulang. Manfaat minyak kelapa dara dikaitkan dengan kewujudan asid laurik, asid capric dan asid caprylic, dan ia memiliki sifat-sifat seperti antimikrob, antioksidan, antikulat, antibakteria.